HEADLINES

Loke pertimbang letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan

Loke bagaimanapun berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin DAP yang lain sebelum membuat keputusan

8:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

“Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi ini. Ia sememangnya tidak pernah mudah sejak dari awal lagi,” katanya.

Loke, yang sebelum ini memegang kerusi DUN Chennah sejak 2013 berkata, beliau juga akan menilai semula peranannya dalam parti, lapor The Star.

“Ya, saya sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya dalam DAP Negeri Sembilan… iaitu jawatan sebagai pengerusi negeri,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin parti yang lain sebelum membuat keputusan.

“Sebelum saya membuat keputusan, berhubung peranan saya sebagai Setiausaha Agung DAP, sudah tentu saya akan berbincang lanjut dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengenai hala tuju parti selepas ini,” tambah beliau.

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan itu mengakui kekalahannya di kerusi Chennah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Siow Kong Choon (John).

Menurut keputusan tidak rasmi, Siow memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 533 undi, apabila memperoleh 5,593 undi, manakala Loke mendapat 5,060 undi.

Mengulas mengenai kekalahan berkenaan, Loke bagaimanapun berkata, beliau menerimanya dengan hati terbuka dan meminta penyokong tidak berputus asa dengan keputusan tersebut. – 2 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Anwar subpoenaed in RM30mil lawsuit against Vinod Sekhar

High Court orders Prime Minister to testify as plaintiffs’ witness in fraud and contract dispute

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Related