◉ HEADLINES

Pendakwaan ke atas Ismail Sabri ditangguhkan ke 27 Ogos atas masalah kesihatan

Ismail Sabri dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker procedure) pada petang ini dan dijangka dimasukkan ke wad selama beberapa hari

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan yang sepatutnya dijalankan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini, telah ditangguhkan ke 27 Ogos ini selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas masalah kesihatan.

Ahli Parlimen Bera itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM). Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh bacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan Ismail Sabri yang dijadualkan pada 9 pagi.

“Memandangkan keadaan kesihatan tertuduh dan atas permohonan peguam bela yang dipersetujui pihak pendakwaan, mahkamah membenarkan prosiding bacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan dijalankan pada jam 9 pagi, 27 Ogos,” katanya.

Petugas media berkumpul di sekitar pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Gambar Bernama, 7 Ogos, 2026

Dalam pada itu, peguam bela Datuk Amer Hamzah Arshad merakamkan penghargaan kepada pasukan pendakwaan kerana memahami keadaan anak guam mereka.

Menurut Amer Hamzah, Ismail Sabri mengalami komplikasi kesihatan ketika keterangannya direkodkan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

“Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada pegawai SPRM yang berkaitan dan mereka menyedari keadaan beliau pada ketika itu.

“Doktor yang merawat mengesahkan anak guam kami mengalami possible arrhythmia (kemungkinan degupan jantung tidak sekata) yang memerlukan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata Ismail Sabri dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker procedure) pada petang ini dan dijangka dimasukkan ke wad selama beberapa hari.

Tambahnya, Ismail Sabri masih berada di bawah jaminan SPRM dan tiada kebimbangan bahawa beliau akan melarikan diri.

“Malah, beliau hanya akan berada di IJN dan mahkamah dialu-alukan untuk membuat kunjungan hormat kepada beliau,” katanya.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, berkata pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan tersebut memandangkan keadaan kesihatan Ismail Sabri tidak mengizinkan bekas Perdana Menteri itu hadir di mahkamah.

“Adalah wajar atas dasar kemanusiaan untuk kami tidak membantah permohonan ini. Kami juga bersetuju bahawa sebaik sahaja beliau dibenarkan keluar dari hospital dan berada dalam keadaan sesuai untuk membuat pengakuan, 27 Ogos adalah tarikh yang sesuai,” katanya.

Berdasarkan senarai jadual mahkamah, Ahli Parlimen Bera itu sepatutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 hari ini mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta – 7 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related