◉ HEADLINES

Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar perubatan

4:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata prosedur berkenaan, berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau berkata Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan proses pemulihan Perdana Menteri berjalan dengan baik,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Anwar, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak orang ramai supaya mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudah dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat. – 10 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related