◉ HEADLINES

Sidang Khas RCI TH: Zulkifli bidas fitnah jual aset, tegaskan ‘bailout’ RM10b demi selamatkan pendeposit

Langkah kerajaan melakukan suntikan dana (bailout) melebihi RM10 bilion kepada Lembaga Tabung Haji (TH) adalah demi menyelamatkan institusi itu daripada krisis kewangan parah akibat penyelewengan, bukannya untuk menjual aset kepada pihak luar seperti yang ditohmah

11:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa menyuntik dana (bailout) melebihi RM10 bilion bagi menyelamatkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang terjejas parah akibat penyelewengan, dan bukannya bertindak menjual aset institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyanggah keras dakwaan kononnya aset TH dijual kepada pihak bukan Islam atau kaum Cina, sambil menyifatkannya sebagai fitnah jahat yang bertujuan menanam kebencian serta menghasut masyarakat.

“Aset ini adalah hak milik Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH serta tindakan pemulihan kewangan institusi itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli mendedahkan TH pernah berdepan situasi amat kritikal apabila jurang defisit antara aset dan liabilitinya melebar sehingga melebihi RM10 bilion pada suku keempat 2018, dengan tempoh hanya tiga bulan untuk mencari jalan keluar.

“TH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan. Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan (bailout) TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang,” katanya. – 11 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cost-cutting measure? HSBC tells more than 100 staffers in Malaysia of Accenture ‘transfer’

Employees reportedly assured they will have jobs with the global professional services and technology firm as HSBC shifts some backend operations

Anak Krakatau ash cloud grounds AirAsia Jakarta routes

AirAsia has been forced to cancel and reschedule multiple flights between Kuala Lumpur and Jakarta after violent new ash plumes from Indonesia’s notorious Anak Krakatau volcano threatened air traffic safety

Joke or not, apologise to all Christians: Tuaran MP tells Sepang Umno leader

Umno’s Noorazli Said had referred to a fake bible verse and told a sexualised story about a priest and a nun at the recent party assembly.

◉ Related