◉ HEADLINES

Jais tutup 8 premis dijadikan sekolah GISBH

Arahan itu susulan pemeriksaan dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas semua sekolah terlibat didapati menyalahi peruntukan EPSAI 1988

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lapan premis digunakan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) atau rangkaiannya yang didaftarkan sebagai Sekolah Islam Persendirian di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (EPSAI 1988) sudah diarah tutup.

Lapan Sekolah Islam Persendirian berkenaan adalah Maahad Tahfiz Wal Ulum Al Ghazaly, Sepang; Sekolah Rendah Islam Miftahul Hikmah, Klang; Sekolah Menengah Islam Global Ikhwan (Banat), Rawang; Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 2, Puchong.

Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 1, Shah Alam; Sekolah Rendah Islam Yaqutul Fuad, Rawang; Sekolah Rendah Islam Integrasi Bustanul Ikhwani, Rawang dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Qurratul Ain, Sepang.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, arahan itu susulan pemeriksaan dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas semua sekolah terlibat didapati menyalahi peruntukan EPSAI 1988.

“Justeru, arahan penutupan semua sekolah Islam tersebut telah dikeluarkan oleh Jais menurut seksyen 25 EPSAI 1988 pada 23 September 2024.

“Tindakan pembatalan pendaftaran sekolah Islam yang masih lagi berkuat kuasa juga akan dilaksanakan tertakluk kepada EPSAI 1988,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pegawai penguatkuasa agama juga sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap individu yang telah dikenal pasti terlibat dengan GISBH dan rangkaiannya.

“Bagi kesalahan yang berhubung dengan agama Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 dan kertas siasatan tersebut akan dikemukakan kepada Ketua Pendakwa Syarie,” katanya.

Abdul Aziz berkata, Mais menjunjung titah Sultan Selangor yang menitahkan penguatkuasaan tegas dilaksanakan bagi membanteras kesalahan jenayah termasuk jenayah akidah yang dikaitkan GISBH.

“Mais akan turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di dalam proses pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang kini ditempatkan di rumah kawalan jabatan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, Mais juga telah membuat keputusan mengambil alih pengurusan Masjid Cahaya Iman dan menutup Musolla Ikhwan di Kompleks GISBH yang kedua-duanya terletak
di Bandar Country Homes Rawang.

“Ia sementara siasatan berhubung dengan kesalahan jenayah termasuk jenayah syariah terhadap GISBH dan rangkaiannya selesai dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, Mais juga menubuhkan satu jawatankuasa khas yang turut disertai Jais, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM dan agensi yang berkaitan bagi menyelaras tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya.

“Mais dan semua agensi hal ehwal Islam di Selangor akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara serius dan bersepadu.

“Ini bagi memastikan sebarang gerakan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada agama Islam sebenar dibanteras sepenuhnya di Selangor dan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – 25 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Red flags ignored, govt money down the drain? A recap of the LCS saga

The eye-watering RM9 billion littoral combat ships project courted controversy last year when multiple government and corporate reports outlined discrepancies behind the deal with main contractor Boustead Naval Shipyard and other companies.

Iran confirm 2026 World Cup participation, outline conditions for hosts

Federation insists on visa assurances, security guarantees and respect for national symbols ahead of tournament in North America

◉ Related