HEADLINES

Operasi RTS Link 2027: Kerajaan rangka pelan elak JB ‘lumpuh’ akibat trafik

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) meneliti langkah penyelarasan integrasi pengangkutan awam bagi menyerap keabnormalan aliran trafik yang dijangka melonjak sehingga 10,000 penumpang sejam di Johor Bahru

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti secara mendalam perancangan penyuraian lalu lintas di sekitar pusat bandar Johor Bahru bagi memastikan pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link tidak mewujudkan titik kesesakan baharu di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perancangan yang melibatkan penyelarasan merentas agensi serta integrasi sistem pengangkutan awam itu bakal menyaksikan corak pergerakan pengguna berubah secara mendadak, terutamanya di hab perhubungan utama.

“Pendekatan ini selari dengan aspirasi pengangkutan awam lebih bersepadu, cekap, selamat dan mesra rakyat, khususnya dalam menyokong mobiliti rentas sempadan lebih lancar,” kata beliau dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bil 1/2026 di sini, hari ini.

Projek RTS Link yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura itu dijadualkan mula beroperasi pada 1 Januari tahun hadapan, dengan keupayaan membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Sebagai langkah persediaan menghadapi limpahan pengguna, Kerajaan Persekutuan sebelum ini menyalurkan dana bagi membiayai projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) di Johor untuk menyerap unjuran kesesakan luar biasa tersebut.

Selain projek E-ART, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Kerajaan Negeri Johor turut merangka pelan penyuaraian trafik menerusi pengukuhan perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada.

Ia merangkumi perluasan rangkaian perkhidmatan BAS.MY menerusi Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) 2.0 kepada 28 laluan yang membabitkan penyediaan 254 unit bas, termasuk kenderaan elektrik.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 157 unit bas akan dikhususkan bagi menampung laluan berintensiti tinggi di Johor Bahru Sentral dan Bukit Chagar, yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun 2027. – 17 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related