HEADLINES

Anwar minta bantuan Prabowo isu kerugian RM2.5 bilion Felda dalam Eagle High

Anwar memetik pelaburan tersebut sebagai contoh keputusan masa lalu yang melibatkan Felda dan telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, sambil menegaskan bahawa kegagalan seperti itu tidak boleh dibiarkan berulang.

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menulis surat kepada presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkait dengan isu pelaburan Felda di negara berkenaan melibatkan syarikat Eagle High Plantations (EHP).

Perdana Menteri berkata, ia adalah contoh pelaburan dan keputusan masa lalu yang melibatkan kerugian berbilion ringgit.

“Sekarang tersangkut di Mahkamah Tinggi Indonesia. Saya telah menulis kepada Presiden Prabowo Subianto. Minta beliau melihat juga permasalahan ini.

“Kerugian kalau tidak ditangani (ialah) RM2.5 bilion, yang mungkin kita perolehi nanti hanya RM200 juta. Ini satu contoh,’’ katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi Dan Pengurus Felda di sebuah hotel di Bangi, hari ini.

Pada 2019, media melaporkan Felda membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP) pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion) berbanding harga sebenar di pasaran pada Disember 2016.

Felda mendakwa ia ditipu dalam pembelian 37 peratus kepentingan syarikat EHP.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata beliau memberikan komitmen untuk memastikan penyiasatan berhubung isu tatakelola dan hal ehwal Felda dilaksanakan secara telus dan segera, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu disampaikan kepada pihaknya ketika menghadap Seri Paduka Baginda yang turut menitahkan supaya tindakan tegas diambil terhadap pihak yang didapati telah menyebabkan kerosakan kepada Felda.

“Ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meminta saya memastikan siasatan atas tatakelola dan hal ehwal Felda itu dijalankan dengan telus, segera, dan tindakan tegas terhadap kalangan yang telah merosakkan (Felda) kerana nafsu serakah mereka,” kata beliau. – 21 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related