◉ HEADLINES

‘Kamu hendak maki saya pasal apa, saya tidak sokong orang judi’ : Anwar

Sebaik menerajui pentadbiran negara, kerajaan telah mengurangkan kekerapan cabutan berkenaan daripada 22 kali kepada hanya lapan kali setahun

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menyokong aktiviti perjudian malah telah mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan bagi membendung kegiatan perjudian.

Menurut Perdana Menteri, sebaik menerajui pentadbiran negara, kerajaan juga telah mengurangkan kekerapan cabutan berkenaan daripada 22 kali kepada hanya lapan kali setahun.

“Orang kata Anwar ini tauke judi. Saya tidak sokong orang judi. Sebelum saya jadi Perdana Menteri, semasa kerajaan dulu perintah, cabutan (nombor ramalan) setahun ialah 22 kali.

“Saya buat secara berperingkat. Saya turunkan daripada 22 kali, jadi lapan kali setahun. Kamu hendak maki saya pasal (sebab) apa,’’ soalnya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) MADANI Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti, di Bukit Mertajam, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyalahkan Anwar berhubung keputusan mahkamah tentang isu lesen premis perjudian di negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar memberitahu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diteruskan bagi memastikan negara tidak berterusan menanggung kerugian.

Anwar menegaskan bahawa tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya hasil siasatan mendapati wujud kesalahan, namun proses berkenaan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang.

“Macam (siasatan RCI) Tabung Haji, apabila tidak ambil tindakan, negara akan rugi, (tetapi apabila) ambil tindakan, saya kena maki. Saya pun tidak faham.

“Saya kata duit hilang RM12 bilion, macam mana hilang? Bila hilang? Siapa yang hilangkan, hal itu (pihak berkuasa) siasat. Ada bukti, dakwa di mahkamah dan kemudian serah kepada hakim. Itu cara kita perintah dan mentadbir,” katanya.

Kerajaan, katanya, tidak akan menghukum mana-mana pihak tanpa proses sewajarnya, namun tidak akan berkompromi sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya salah laku.

Pada 29 Julai lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan itu mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan institusi berkenaan bagi tempoh tersebut, selain mengemukakan 25 syor tindakan penambahbaikan dengan 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh TH setakat 30 Julai lepas. – 29 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related