◉ HEADLINES

Kerajaan kembalikan kelayakan Budi95 kepada 300 liter sebulan: PM

Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip akan menikmati subsidi sehingga 400 liter sebulan

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengembalikan kelayakan asas Budi95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, demikian umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip akan menikmati subsidi sehingga 400 liter sebulan.

Ketika berucap pada Amanat Perdana Hari Kebangsaan, Anwar turut mengumumkan peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah bagi tahun hadapan akan ditingkatkan 50 peratus, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

“Ia meliputi semua jenis sekolah termasuk Kebangsaan, SJK Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz dan pondok serta sekolah pendidikan khas.

“Kementerian Pendidikan diarah turun padang mulai 1 September dan meneliti permohonan pembaikan prasarana dengan kerja penyelenggaraan dimulakan seawal Januari 2027,’’ katanya ketika berucap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.

@scoopdotmy

Kerajaan bersetuju untuk mengembalikan kelayakan asas Budi95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, demikian umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip akan menikmati subsidi sehingga 400 liter sebulan. #AnwarIbrahim #Budi95 #RON95 #Malaysia

♬ original sound – Scoopdotmy

Anwar turut memberitahu, kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-invois dari RM1 juta kepada RM3 juta.

“Dengan itu, perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencatat jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invois,’’ katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan program Teknologi Kecerdasan (AI) Untuk Rakyat di mana 100,000 belia berusia 18 hingga 30 tahun yang melengkapkan modul disediakan, akan menerima langganan aplikasi AI secara percuma selama tiga bulan.

Program itu adalah bagi membuka peluang digital kepada belia.

Selain itu, kata Anwar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyediakan RM1 bilion bagi memperkukuhkan kecekapan digital sektor kesihatan awam.

“Ia bagi mempercepatkan urusan rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu menerusi Sistem Rekod Kesihatan Elekteronik (EMR) dan ketersambungan Wifi di fasiliti kesihatan awam melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan,’’ katanya.

Kerajaan juga, katanya akan memperkenalkan Geran Sejahtera Madani RM200 juta, bantu penjaja, peniaga pasar malam dan ibu yang meniaga dari rumah. – 30 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related