Kos haji hanya dinaikkan untuk golongan ‘maha kaya’, bukan semua: PM

Anwar berkata, bagi menampung jangkaan kenaikan 11 peratus kos haji, langkah itu perlu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan golongan B40 dan M40

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kos haji hanya akan dinaikkan membabitkan jemaah dalam kalangan ‘maha kaya’, iaitu mereka yang berada dalam kategori T20.

Beliau berkata, terdapat keperluan pendekatan itu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.

Anwar memaklumkan, langkah itu juga tidak menjejaskan semua peringkat masyarakat, sebaliknya hanya membabitkan mereka yang memproleh pendapatan melebihi RM100,000.

“Tidak naik (kos haji), jangan bimbang, naik ini mereka yang berpendapatan RM100,000 sebulan, di bawah jumlah itu, tidak akan dinaikkan, sebab kerajaan tidak boleh tampung lagi subsidi sebegitu rupa.

“Subsidi bantuan untuk orang susah, pasal apa dalam sistem kita, bantuan untuk orang susah (turut) diperoleh mereka yang kaya. Jadi, itu kita kena tukar,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Anwar turut mendedahkan wujud rekod diperoleh daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bahawa subsidi itu diterima pencarum berpendapatan melebihi RM1 juta sebulan.

“Beliau (T20) berhak dapat layanan bantuan dari TH, namun sebab apa kita (kerajaan) bayar subsidi. Jadi, saya ambil keputusan yang kaya jangan ganggulah (subsidi haji bagi B40 dan M40),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun merakamkan kesyukuran apabila jemaah bagi golongan maha kaya, menerima secara terbuka kenaikan kos haji dilaksanakan kerajaan.

“Alhamdulillah, jemaah oleh kerana sudah diterangkan begini dua hari lalu pada sambutan 60 tahun TH, 400 orang yang layak terima sebahagian atau sepenuhnya subsidi itu menolaknya.

“Mereka kata, saya mampu, saya nak haji mambur dan tidak mahu subsidi daripada kerajaan. Mereka mahu pergi secara rela hati dengan semangat yang ada,” katanya.

Terdahulu TH menganggarkan kos haji tahun depan dijangka naik hingga 11 peratus, disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan agensi berkenaan, termasuk pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Arab Saudi.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pihaknya akan meneruskan bantuan kewangan haji atau subsidi secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M, membabitkan jemaah dalam kategori B40 dan M40. – 4 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related