◉ HEADLINES

56 Adun Selangor diseru sumbang RM5,000 bantu penduduk Gaza

Pei Ling berkata, krisis kemanusiaan paling teruk dalam kalangan orang awam sedang berlaku di Palestin, dengan pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik

7:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, diseru menyumbang RM5,000 ke tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), demi membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.

Adun Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berkata, jika perkara itu direalisasikan, RM280,000 dapat dikumpul dan disalurkan bagi meringankan beban dihadapi penduduk Gaza, susulan krisis tidak berkesudahan akibat serangan rejim Zionis.

“Krisis kemanusian ini walaupun jauh beratus kilometer, hadirnya kita di dewan yang mulia ini sebagai pemimpin, malah tidak luntur pegangan kita untuk memainkan peranan sebagai Adun (bagi membantu rakyat Gaza).

“Saya cadangkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari), barisan exco dan semua ahli dewan tanpa mengira parti, sama-sama kita bentuk satu tabung dana sumbangan Adun Selangor di bawah kelolaan Speaker (Selangor) dengan sumbangan RM5,000 setiap Adun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2024 di sidang DUN Selangor, hari ini.

Pei Ling memaklumkan, ketika ini penduduk Gaza dikepung di semua arah dan ambulans tidak lagi dapat bergerak.

“Air, makanan serta elektrik (disekat) dan hospital diletupkan pihak Zionis di Gaza. Kita sedang berdepan krisis kemanusiaan paling teruk dalam kalangan orang awam, dengan pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik sedang berlaku di depan mata kita,” katanya.

Kerajaan Selangor pada 27 Oktober lalu, menyerahkan sumbangan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat negara berkenaan.

Sumbangan diserahkan Amirudin kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat Kementerian Luar, Datuk Zahairi Baharim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. – 16 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related