◉ HEADLINES

Amanah akan isi jawatan Speaker DUN Negeri Sembilan

Jawatan Timbalan Yang Dipertua DUN pula diberikan kepada PKR

9:51 PM MYT

 

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan secara dasar bersetuju mencadangkan jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua DUN pula, kedua-dua parti gabungan itu yang membentuk kerajaan Negeri Sembilan, bersetuju memberi laluan kepada PKR.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata, proses undian jawatan itu akan diadakan pada persidangan DUN Khas, 26 September ini, dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga akan diadakan.

“Kita telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengenai persidangan itu dan majlis mengangkat sumpah.

“Nama calon itu akan dibawa untuk perkenan Tuanku dan lantikan speaker DUN perlu diundi serta disokong di dalam dewan. Ia akan dilakukan dalam persidangan DUN iaitu pada majlis angkat sumpah tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Tuanku Muhriz turut berkenan merasmikan Persidangan DUN pada 9 Oktober ini yang akan berlangsung selama empat hari.

“Mungkin terdapat dua Rang Undang-Undang (RUU) serta bajet tambahan di peringkat pengurusan kewangan negeri 2023 akan dibawa pada persidangan DUN itu,” katanya menambah Persidangan DUN bagi Belanjawan 2024 akan diadakan selama seminggu bermula 1 Disember ini. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related