◉ HEADLINES

Ong Kian Ming umum letak jawatan ahli DAP bermula hari ini

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli DAP berkuat kuasa hari ini, namun berjanji untuk membantu Khairy Jamaluddin pada PRU16

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu disahkan menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau yang ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Kian Ming, yang menyertai parti berkenaan pada tahun 2012, turut menyatakan bahawa beliau tidak merancang untuk menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat, mahupun bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan akan kekal dengan komitmen untuk membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada PRU akan datang.

“Saya tetap komited untuk menunaikan janji yang telah saya buat pada 10 Januari 2026, untuk membantu Khairy Jamaluddin berkempen dalam PRU16, jika beliau diberi kerusi untuk bertanding.

“Saya tidak merancang untuk menyertai mana-mana parti politik lain dalam masa terdekat dan saya tidak berniat untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengimbas pembabitannya dalam arena politik tanah air, Kian Ming melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada parti dan negara sepanjang 14 tahun lalu.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya termasuklah Ahli Parlimen Serdang (2013 hingga 2018), Ahli Parlimen Bangi (2018 hingga 2022), serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari tahun 2018 hingga 2020.

Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP (2019 hingga 2022) dan ahli Jawatankuasa DAP Selangor (2018 hingga 2024).

Dalam pada itu, Kian Ming secara khusus merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, yang menjadi individu bertanggungjawab menjemputnya menyertai parti serta memberi panduan sepanjang perkhidmatannya.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Saya juga berterima kasih kepada Saudara Lim Guan Eng kerana memberi saya peluang untuk dicalonkan untuk kerusi Parlimen Serdang dan Bangi serta sebagai Timbalan Menteri semasa beliau menjadi Setiausaha Agung DAP,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hala tuju peribadinya selepas ini, Kian Ming berkata beliau akan terus memberi sumbangan kepada negara menerusi platform lain, termasuk saluran podcast kendaliannya, “Are We OK”, serta peranan penasihat yang disandangnya kini.

“Saya akan terus berkhidmat untuk kepentingan negara melalui cara lain… dan dengan bekerjasama dengan orang lain yang berfikiran sama dengan minat yang sama,” katanya sambil menitipkan ucapan Selamat Hari Merdeka. – 31 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related