HEADLINES

Kurma mentega bukan baru, sudah ada sejak 2019

Individu yang memperkenalkan kurma mentega ini dikenali sebagai Will of The Pok2 atau @jembalangque di akaun X

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurma mentega sebenarnya bukan benda baharu sebaliknya ia telah diperkenalkan sejak 2019 lagi.

Individu yang memperkenalkan kurma mentega ini dikenali sebagai Will of The Pok2 atau @jembalangque di akaun X.

Dia telah memuatnaik semula hantaran di X pada 2019 mengenai kurma mentega ini.

Ketika itu dia dipercayai berada di luar negara, namun tidak dinamakan di mana.

Pemilihan mentega juga kata @jembalangque amat penting dengan menggunakan mentega asli atau pure butter sahaja.

“Tak pasti ada atau tak rakyat Malaysia amalkan. Aku ni punyalah noob, kat sini baru tahu yg kurma calit mentega memang sedap nak mampus. Pekena 1 biji kurma masa berbuka boleh merebak jadi 10 biji,’’ demikian tulis @jembalangque kira-kira lima tahun lalu.

Menurutnya, kurma mentega itu diamalkan oleh rakan sekelas beragama Islam dari Mauritania dan Tunisia.

Malah kata @jembalangque, kurma yang digunakan itu jangan terlalu kering.

Namun katanya, bagi mereka yang mengambil berat mengenai isu kesihatan, makan kurma mentega adalah mengenai kuantiti dan dinasihatkan tidak mengambilnya secara berlebihan.

“Janganlah kau makan sampai 20 biji lepas tu acah eh titew namo gemok. Hangpa senaman pun malas. Butter & margarine pun silap2 tak tahu beza.

“Tried both with margarine and butter. Both are awesome! But it tastes better with butter. Cuba try test uji!,’’ katanya.

Hantaran yang dibuatnya pada 2019 ketika itu sudah ramai yang memperkatakannya dan ada yang sudah mencuba.

Namun ia kembali tular dan hari ini, media sosial dipenuhi dengan gambar-gambar kurma yang disalut dengan mentega.

Ramai yang mencubanya, tidak kurang juga yang bimbang dari aspek kesihatan termasuk mengenai jumlah kalori dari mentega tersebut.

Apa pun terserah kepada mereka yang ingin mencubanya. Hanya jangan makan secara berlebihan. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related