HEADLINES

Rundingan tarif dengan AS berjalan lancar: Anwar

Perkara itu dimaklumkan oleh Tengku Zafrul yang kini berada di AS bagi rundingan berhubung isu tarif berkenaan

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengenai rancangan tarif timbal balas berjalan dengan lancar.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang kini berada di AS.

“Pagi ini, saya menerima mesej daripada menteri MITI dan menteri kewangan II yang memaklumkan bahawa pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS yang sememangnya sibuk, berlangsung dengan amat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di sini, hari ini.

Tengku Zafrul kini berada di AS bagi mengadakan rundingan tarif timbal balas menjelang tamatnya tempoh pengecualian sementara pada 8 Julai ini. Beliau juga akan bertemu dengan wakil perdagangan AS serta pelabur.

Pada 2 April lepas, Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan tarif terhadap kira-kira 60 negara termasuk 24 peratus ke atas kebanyakan barangan Malaysia.

Bagaimanapun, tarif itu telah ditangguhkan selama 90 hari bagi kebanyakan negara untuk membolehkan rundingan perdagangan diadakan. – 19 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related