HEADLINES

Nahas bot di Mersing: Polis siasat kepatuhan SOP, permit dan lesen

Pihaknya juga sedang menyiasat status permit dan lesen dua bot tersebut selain meneliti sama ada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan kepada pengendalikan bot dipatuhi

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka dua kertas siasatan susulan kejadian dua bot penumpang yang bertembung di Kuala Sungai Mersing, Mersing, sehingga mengorbankan dua nyawa dan mencederakan tujuh yang lain, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya juga sedang menyiasat status permit dan lesen dua bot tersebut selain meneliti sama ada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan kepada pengendalikan bot dipatuhi.

Beliau juga memberitahu, polis belum dapat mengesahkan sama ada kedua-dua bot tersebut mempunyai permit atau lesen sah untuk membawa penumpang.

“Siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira 800 meter dari Jeti Sungai Mersing itu melibatkan bot Sea Queen yang dalam perjalanan balik dari Pulau Besar dan bot Rawa Birds yang baru berlepas dari jeti menuju ke Pulau Rawa.

”Tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan dengan tiga daripadanya dirawat di Hospital Mersing, tiga dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dan seorang lagi dikejarkan ke Hospital Pasir Gudang,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, dua maut manakala empat lagi cedera dalam insiden dua bot bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.04 malam.

“Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Fire Response Vehicle dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini dikejarkan ke Jeti Mersing.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi, didapati benar berlaku pelanggaran antara dua bot. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Ab Rahaman dalam pada itu berkata, polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian serta Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana mengendalikan perahu secara berbahaya dan laporan mati mengejut.

Polis juga, katanya akan mengambil keterangan daripada mangsa yang terselamat, pasukan penyelamat serta individu yang mula-mula tiba di tempat kejadian selain mendapatkan kerjasama Jabatan Laut untuk menjalankan siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – 1 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related