◉ HEADLINES

SPRM tahan Pengerusi Perumahan badan berkanun Johor, didakwa rasuah RM1.6j

Mengaut RM4,000 daripada setiap pemohon tanah kerajaan sebelum dilesapkan menerusi invois palsu, seorang pegawai kanan perumahan di Johor kini berdepan tindakan tegas SPRM selepas disyaki salah guna kuasa secara bersiri

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Skandal penyelewengan tanah kerajaan bernilai RM1.6 juta terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebuah badan berkanun negeri kerana disyaki meminta rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu diberkas kira-kira jam 7.30 malam semalam sebaik sahaja hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor.

Siasatan awal mendapati kegiatan haram itu dipercayai berlarutan selama sembilan tahun—antara 2016 hingga 2025—di mana suspek bertindak memperdaya orang awam yang memohon lot tapak perumahan di bawah tanah kerajaan.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang kira-kira RM4,000 daripada setiap seorang daripada 400 pemohon membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

“Wang berkenaan kemudian disyaki diseleweng untuk kegunaan sendiri menerusi pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu,” tegas kenyataan SPRM Johor itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes kini disiasat secara terperinci di bawah Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18, dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau menambah, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas proses merakam keterangan selesai dijalankan. – 8 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related