HEADLINES

Sukar jelaskan kerjasama Umno-DAP meskipun Kerajaan Perpaduan tunjuk prestasi sepanjang pentadbiran: Tok Mat

Mohamad berkata tiada hujah yang boleh meyakinkan konstituen Melayu atau melunakkan pendirian mereka untuk menerima kerjasama Umno-DAP meskipun Kerajaan Perpaduan berprestasi, menguruskan negara dengan baik dan melaksanakan banyak dasar serta program untuk mengembangkan ekonomi negara ketika berdepan krisis geo politik dunia

9:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno berdepan kesukaran untuk menyakinkan majoriti orang Melayu untuk bekerjasama dengan DAP meskipun Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan prestasi sepanjang pentadbirannya.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada hujah yang boleh meyakinkan konstituen Melayu atau melunakkan pendirian mereka untuk menerima kerjasama berkenaan.

“Kerajaan Perpaduan ini berprestasi, menguruskan negara dengan baik, banyak dasar dan program baik dilaksanakan untuk mengembang dan menubuhkan ekonomi negara berjaya dilaksanakan (terutama) ketika berdepan dengan krisis geo politik dunia, krisis perang teluk dan pelbagai bantuan disalurkan.

“Semua ini Umno sokong sebagai tanggungjawab kolektif dalam kerajaan

“Namun selagi Umno dilihat bersama DAP, semuanya akan menjadikan Kerajaan Perpaduan ini tidak mewakili Melayu dan kepentingannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Malaysia 2026, di Pusat Dagangan Dunia (WTC, di sini, malam tadi.

Menurut Mohamad, yang juga Menteri Luar, telah tertanam dalam pemikiran orang Melayu bahawa, DAP itu tidak pernah bersetuju dengan dasar-dasar diskriminasi positif untuk pribumi.

“Selain, telah ada stigma bahawa, DAP itu anti Islam.” katanya.

Beliau turut memaklumkan Umno sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa dan agama dan tidak pernah menutup ruang bagi merealisasikan kesatuan bangsa Melayu merentasi parti dan ideologi.

“Percayalah, jika sesiapa juga yang datang kepada Umno dan menggagaskan kesatuan Melayu, Umno akan menyambutnya dengan berlapang dada, tetapi kerjasama itu mestilah ada kejelasannya,” katanya.

Jelasnya, kerjasama itu mesti dianjurkan dengan niat yang ikhlas serta bersandarkan kepentingan strategik politik Melayu-Islam.

“Bukan berjeda atau ada agenda-agenda dan terputus-putus. Bukan bermusim dan bukan sama sekali untuk mengambil kesempatan atas kekuatan atau kelemahan Umno,’’ katanya.

Dalam ucapan perasmian itu, Mohamad turut memberitahu, Umno perlu mengamalkan prinsip politik yang tidak menyinggung mana-mana kaum, termasuk masyarakat di Sabah dan Sarawak, sekiranya mahu menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi pilihan raya.

Umno, katanya, tidak boleh sesekali menganggap pengundi hanya terdiri daripada orang Melayu sehingga tindakan dan perilakunya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat bukan Melayu serta masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Tindakan dan perilaku kita, jangan sesekali membuka ruang kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu dan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 berlangsung dari 9 hingga 12 September di WTC, dengan perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu berlangsung hari ini, melibatkan 1,163 perwakilan sayap Wanita, 1,171 Pemuda dan 1,145 Puteri. – 10 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related