HEADLINES

Disindir Zahid, Anwar balas guna istilah ‘guru’, ‘slay’ ‘semoga anak didik dapat belajar’

Istilah ‘Guru’ beberapa kali digunakan oleh Zahid, yang juga presiden Umno ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, semalam

8:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila menyindir secara halus timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengelar dirinya sebagai ‘guru’ apabila memuatnaik hantaran di media sosial, sejurus tiba di New Delhi, malam tadi.

Istilah ‘guru’ beberapa kali digunakan oleh Zahid, yang juga presiden Umno ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, semalam.

Malah perkataan ‘slay’ yang digunakan oleh Anwar dalam hantaran berkenaan turut mencuri perhatian warga maya.

“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. Slayyy,’’ demikian tulis beliau.

Semalam, Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian PAU, secara sinis meminta Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat berhubung dasar kerajaan terutama mengenai kuota bahan api.

Zahid yang merujuk kepada Anwar sebagai ‘guru’ turut mempersoalkan sama ada had kuota itu akan dinaikkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Zahid, ia bukan bertujuan mengapi-apikan keadaan sebaliknya bagi mengelakkan keresahan serta kekeliruan berterusan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Anwar dijadualkan menghadiri sesi pembukaan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, esok, dan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk “Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif”.

Sidang kemuncak yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi itu bertemakan “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan khusus terarah kepada usaha memperkukuh daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. – 12 September, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related