◉ HEADLINES

Anwar akan bincang dengan Petonas cadangan eksplorasi minyak di Maldives

Dengan keupayaan Petronas serta pengalaman luas syarikat itu dalam sektor tenaga di peringkat antarabangsa, Anwar berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk syarikat minyak nasional itu untuk melebarkan sayapnya ke negara berkenaan

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai cadangan agar syarikat tenaga global Malaysia itu meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives.

Perdana Menteri berkata, dengan keupayaan Petronas serta pengalaman luas syarikat itu dalam sektor tenaga di peringkat antarabangsa maka beliau berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk syarikat minyak nasional itu untuk melebarkan sayapnya ke negara berkenaan.

“Mengenai cadangan supaya Petronas meneliti kemungkinan eksplorasi minyak (di Maldives), saya perlu membincangkan perkara ini dengan Petronas.

“Dan saya yakin dengan kekuatan Petronas pada masa kini di seluruh dunia, dari Kanada hingga ke Turkmenistan dan Sudan, serta Suriname, Peru dan Brazil.

“Saya berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk melebarkan sayap lebih dekat ke sini, iaitu ke Maldives,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, di Pejabat Presiden, di sini, hari ini.

Petronas mempunyai kehadiran antarabangsa merentas pelbagai pasaran tenaga di banyak negara di seluruh dunia yang mencerminkan keupayaan syarikat minyak nasional itu.

Anwar kini berada di Maldives bersempena dengan lawatan rasmi dua hari yang berakhir hari ini. – 15 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related