HEADLINES

Agong zahir penghargaan atas khidmat bakti, pengorbanan sempena Hari ATM ke-93

Sultan Ibrahim mendoakan kekuatan dan kurniakan Al-Fatihah buat pahlawan negara yang gugur demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Malaysia

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 93 hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan pegawai serta anggota dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM juga berkenan mengucapkan selamat menyambut Hari ATM ke-93 kepada seluruh warga pasukan itu.

Sultan Ibrahim turut mendoakan seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan baik, kekuatan serta semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air tercinta.

Penghargaan turut dizahirkan kepada pesara ATM atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam pasukan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh,” titah Seri Paduka Baginda. – 16 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related