◉ HEADLINES

Kontena Israel berlabuh di PTP: Hanya untuk transit, tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia

Ia merupakan muatan pindah kapal atau ‘transhipment’, iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan Kementerian Pengangkutan

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri baru-baru ini hanya untuk transit sebelum menunggu untuk dihantar ke negara penerima.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, pemeriksaan mengesahkan kontena itu merupakan muatan pindah kapal atau ‘transhipment’, iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan Kementerian Pengangkutan.

Malah katanya, sebagaimana proses transhipment biasa, kargo akan bergerak dari pelabuhan berlepas ke pelabuhan destinasi melalui pelabuhan ketiga dalam jadual perjalanan.

“Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan muatan pindah kapal, transhipment utama di Malaysia. Pelabuhan ini adalah pelabuhan yang kedua
di negeri Johor dan telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990.

“Kontena tersebut akan transit (sementara) di pelabuhan ketiga dan akan ke destinasi seterusnya (negara lain). Hasil semakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia, sama ada melalui pintu keluar atau pintu masuk (import dan eksport) menggunakan kontena syarikat perkapalan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminul Izmeer berkata, JKDM merupakan organisasi yang signifikan khususnya dalam mengawal pintu keluar dan pintu masuk negara.

Walau bagaimanapun katanya, pergerakan dalam zon bebas adalah tertakluk kepada Akta Zon Bebas 1990, dan dalam kawalan pihak berkuasa yang hak di zon bebas tersebut.

“Dalam konteks ini pihak berkuasa zon adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. JKDM Johor sentiasa memastikan kawalan yang sempurna di pintu keluar dan pintu masuk negara (import/eksport), termasuk menguatkuasakan larangan import atau eksport kontena milik syarikat perkapalan dari Israel oleh Kementerian Pengangkutan.

“JKDM sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti kepada masyarakat dan pemegang taruh,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.

Ahmad Zahid berkata, negara ini sangat terikat kepada dasar kerajaan iaitu tiada hubungan diplomatik dengan Israel, selain tiada sebarang perjanjian perdagangan dengan kerajaan Zionis itu.

Beliau berkata, jika ada barangan Israel di mana-mana pelabuhan di Malaysia dengan menggunakan pihak ketiga, maka perkara itu harus dipantau pihak berkuasa. – 5 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

[TONTON] Mahal untuk dikendalikan, namun berbaloi untuk dinaiki: penjelasan mengenai perkhidmatan rel

'Jumlah penumpang yang tinggi, tambang rendah dan rangkaian yang terus berkembang,' demikian pandangan pakar rel mengenai sistem perkhidmatan rel negara

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related