◉ HEADLINES

Umno lancar Tabung Khas kumpul RM50j bantu lunas denda tahanan rumah Najib

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti menyumbang secara sukarela bagi meringankan beban Najib Razak selepas permohonan pengampunan bersyaratnya diperkenankan Baginda Agong

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno mengumumkan pelancaran Tabung Sumbangan khas bagi membantu meringankan beban bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, dalam melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat tahanan di rumah.

Inisiatif drastik itu diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sejurus Lembaga Pengampunan mengesahkan permohonan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Umno dengan ini mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu meringankan beban Dato’ Sri Mohd Najib dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan rasminya.

Ahmad Zahid menyeru seluruh kepimpinan, ahli, dan penyokong parti untuk tampil menyumbang secara sukarela melalui platform yang diselaraskan secara telus dan mengikut saluran undang-undang.

“Umno menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa,” tambah beliau.

Mewakili seluruh hierarki parti, Ahmad Zahid menzahirkan rasa syukur dan merafak sembah menjunjung kasih atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam meluluskan tahanan di rumah tersebut.

“Umno menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah. Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga Umno yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan seluruh ahli parti agar kekal menjaga adab, mematuhi lunas undang-undang, dan menghormati institusi diraja dalam menyambut perkembangan baharu ini.

“Saya menyeru seluruh ahli UMNO agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan,” tegasnya. – 18 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Sesi libat urus MCMC dan penyedia platform media sosial diadakan bulan ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

◉ Related