HEADLINES

Keputusan Loke muktamad, perlu dihormati: Hannah Yeoh

Keputusan Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan adalah ketetapan muktamad Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan perlu dihormati semua pihak, kata Hannah Yeoh

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketetapan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan merupakan keputusan muktamad Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti dan perlu dihormati.

Timbalan Setiausaha Agung CEC DAP, Hannah Yeoh berkata, mesyuarat kepemimpinan tertinggi parti pada Sabtu lalu telah mengambil kira pelbagai pandangan serta cadangan sebelum ketetapan itu dimuktamadkan.

“CEC telah bermesyuarat lama dan pelbagai cadangan diberikan serta pendapat yang kami dengar. Keputusan akhir, iaitu keputusan muktamad CEC, sebagai badan pembuat keputusan tertinggi memutuskan Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.

“… dan itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tak nak dedahkan kerana itu adalah dalam perbincangan CEC tetapi kami kena hormati keputusan yang dibuat CEC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Bazar Deepavali 2026 di sini, hari ini.

Hannah mengulas tindakan CEC DAP susulan pendirian parti berkenaan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Sabtu, Loke menawarkan diri untuk melepaskan jawatan Kabinetnya berikutan pendirian parti itu dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, Loke menegaskan langkah peletakan jawatan itu hanya melibatkan dirinya sahaja, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP kekal dalam pentadbiran bagi menjamin kestabilan politik negara. – 21 September, 2026

Topics

 

Hangat

Fly our flag: let Jalur Gemilang stand proud – Ravindran Raman Kutty

Once, the sight of red, white, yellow and blue was prominent between July and September, and now it is time to bring back the proud display of patriotism

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

‘Chin Peng family ties’ legally debunked: DAP trio wins defamation suit against PAS MP

Penang High Court orders Kepala Batas MP Siti Mastura Muhammad to pay RM750,000 in total to Tan Sri Lim Kit Siang, his son Lim Guan Eng and Seputeh MP Teresa Kok

Related