HEADLINES

PN sifatkan tindakan ‘berniat jahat’ ketika DUN Melaka dibubarkan : Takiyuddin

Takiyuddin berkata, notis berkenaan diserahkan kepada PN pada dua hari berturut-turut iaitu 22 dan 23 September, yang kebetulan merupakan tarikh pengumuman dan kuatkuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan tindakan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap gabungan itu adalah ‘natijah agenda berniat jahat’ dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar, dakwa Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, notis berkenaan diserahkan kepada PN pada dua hari berturut-turut iaitu 22 dan 23 September, yang kebetulan merupakan tarikh pengumuman dan kuatkuasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Gabungan berkenaan, katanya, mengambil maklum keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai notis berkenaan namun tidak bersetuju dengan asas keputusan tersebut dan sedang mengambil langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia demi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangannya yang didokong oleh ahli-ahli dan penyokongnya.

“PN mengesahkan menerima notis di bawah subseksyen 13(2), Akta Pertubuhan 1966 bagi maksud Pendaftar Pertubuhan (RoS) hendak membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh tunjuk sebab dari PN dalam tempoh 30 hari.

“Adalah disahkan cadangan pembatalan tersebut terkait dengan aduan daripada Parti Bersatu terhadap PN berhubung suatu mesyuarat bertarikh 16 Julai 2026.

“PN juga susulan dari Notis di atas telah menerima suatu Perintah di bawah subseksyen 13(2A), Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, RoS memberitahu notis yang dikeluarkan terhadap PN bukan keputusan membatalkan pendaftaran parti itu sebaliknya bagi memberi ruang kepada PN menjelaskan aduan yang dikemukakan Bersatu.

RoS memaklumkan notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] itu, dikeluarkan pada 22 September dan PN diberikan tempoh munasabah untuk menjawabnya.

Susulan notis tersebut, RoS memaklumkan perintah penggantungan juga telah dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2A) Akta 832, yang menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu dengan antaranya mengenai dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

Pada Selasa, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka akan dibubarkan secara rasmi pada keesokannya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menyeru ahli-ahli dan penyokong PN supaya bertenang memandangkan perkara itu sedang diuruskan dengan sebaiknya.

“PN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,’’ katanya.

Beliau turut mengeluarkan perintah larangan (gag order) berkuatkuasa serta merta kepada mana mana pihak dari mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi pihak PN, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN. – 24 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related