◉ HEADLINES

Kematian pelajar 14 tahun, kes disiasat 302 Kanun Keseksaan

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata suspek kini direman enam hari bermula hari ini

2:13 PM MYT

 

SEREMBAN – Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, di sebuah asrama sekolah menengah di Kuala Pilah semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam semalam, di sebuah asrama sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Pilah.

“Polis sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, sebelum disahkan meninggal dunia.

Alzafny berkata polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar, khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat.

“Keutamaan pihak polis adalah untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Alzafny berkata suspek kini direman enam hari bermula hari ini.

Sementara itu bapa saudara mangsa Kamaruddin Ngatimon, 49, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini berkata seluruh keluarga terkejut dan berdukacita atas pemergian anak saudaranya, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, yang disifatkan sebagai seorang yang pendiam, tenang dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata Allahyarham Muhammad Idlan merupakan anak sulung daripada tiga beradik merupakan seorang abang yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang adik-beradiknya.

“Setiap kali outing atau balik ke rumah, dia mesti telefon saya untuk minta bawa beli barang keperluan sekolah. Kali terakhir saya jumpa dia kira-kira tiga bulan lepas dan apabila ditanya, dia kata semua ‘okay’ sahaja di sekolah,” katanya.

Kamaruddin berharap pembelaan dan keadilan sewajarnya diberikan kepada Allahyarham, serta mengenakan hukuman setimpal dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek turut hadir menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.

Fadhlina dalam kenyataan merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian pelajar berkenaan dan seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. – 26 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related