◉ HEADLINES

Siti Hasmah dianugerah Istiadat Pengebumian Pembesar Negara: Anwar

Perdana Menteri arah persiapan protokol penuh Istiadat Pengebumian Pembesar Negara buat bekas Wanita Pertama dan pelopor perubatan negara

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dianugerahkan kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sosok bekas Wanita Pertama yang amat dicintai serta perintis doktor wanita Melayu di Malaysia.

“Saya telah mengarahkan KSN dan PAT untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham,” kata Anwar.

“Bagi pihak Kerajaan Madani dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi tadi.

Negara tetap mengenang susuk keibuan dan menghargai jasa Allahyarham.

Anwar turut menyataan ingatan tulus dan doa beliau sentiasa bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dalam mengharungi detik sukar ini.

Dikebumikan di Putrajaya petang ini

Mengikut perincian yang disampaikan kepada pihak media, Allahyarham Dr Siti Hasmah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya petang ini.

Sebelum proses pengebumian, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

Susulan pemergian Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi, jenazah kini disemayamkan di kediaman beliau di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pada jam 9.20 pagi di IJN, seperti mana yang disahkan oleh anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarham meninggalkan suami, Dr Mahathir, dan tujuh orang anak.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related