â—‰ HEADLINES

Nepal setuju bantu percepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia

Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar untuk mengadakan perbincangan lanjut pada kadar segera bersama dengan pihak berkuasa Nepal

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Nepal bersetuju membantu mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih gagal dikesan berikutan bencana banjir di negara itu, pada bulan lepas.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata, persetujuan itu dimaklumkan Perdana Menteri Nepal Balendra Shah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbualan kedua-dua pemimpin semalam.

“Perdana Menteri memaklumkan dalam perbualan itu, Perdana Menteri Nepal telah memaklumkan persetujuan untuk membantu mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan akibat bencana yang berlaku di Nepal,” lapor Bernama.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Tragedi banjir dan limpahan puing pada 26 Ogos lepas yang dicetuskan oleh runtuhan ais dan batu di kawasan tadahan hulu Lhende Khola di Tibet setakat ini telah mengorbankan 1,451 nyawa.

Kira-kira 5,700 orang termasuk lebih 600 warga asing masih hilang.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar untuk mengadakan perbincangan lanjut pada kadar segera bersama dengan pihak berkuasa Nepal.

Beliau berkata ia susulan perbincangan berkenaan meliputi aspek perundangan dan bidang kuasa mahkamah. – 30 September, 2026

Topics

 

â—‰ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

â—‰ Related