◉ HEADLINES

Penceramah motivasi direman bantu siasatan kes gangguan seksual

Penceramah itu ditahan selepas polis menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak membabitkan seorang penceramah motivasi pada 26 Sept lalu

8:32 PM MYT

 

KANGAR – Seorang penceramah motivasi direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan reman itu.

Semalam, media melaporkan polis menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak membabitkan seorang penceramah motivasi pada 26 Sept lepas.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim dipetik sebagai berkata laporan itu diterima pada 2.09 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hamzah berkata polis turut meminta penceramah motivasi itu hadir ke balai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk memberikan kerjasama dan keterangan berhubung kejadian itu. – 3 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related