◉ HEADLINES

Zetrix AI Bhd serah cadangan selesai tunggakan RM314 juta kepada kerajaan

Syarikat berkenaan berkata keutamaan kumpulan itu adalah menyelesaikan tunggakan berkenaan dan ia juga sedang berusaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Zetrix AI Bhd telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan sebanyak RM314 juta.

Syarikat berkenaan berkata, keutamaan kumpulan itu adalah menyelesaikan tunggakan berkenaan dan ia juga sedang berusaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan.

Zetrix AI Bhd dan MyEG Sdn Bhd, kedua-duanya di bawah Kumpulan MYEG telah digantung perkhidmatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai ejen kutipan kerana gagal melangsaikan tunggakan pindahan kutipan hasil kerajaan sebanyak RM314 juta sejak 19 Mei hingga 30 September lalu.

Perkhidmatan syarikat berkenaan digantung mulai 12.01 tengah malam pada 5 Oktober 2026.

Dalam pada itu, Zetrix AI menyatakan kekesalan di atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dan orang awam berikutan penggantungan sementara perkhidmatan JPJ yang berkuat kuasa hari ini.

“Sebagai pihak penyedia perkhidmatan JPJ sejak 2000, kami memahami kepentingan dalam memastikan perkhidmatan ini terus mudah diakses, dipercayai dan memudahkan urusan orang ramai.

“Kumpulan ini sedia maklum dengan tanggungjawabnya kepada pelanggan dan kekal komited dalam memenuhi tanggungjawab itu kepada kerajaan,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Zetrix AI juga memaklumkan pelanggan menggunakan perkhidmatan JPJ yang terjejas sebelum penggantungan pada 5 Oktober boleh meyakini bahawa transaksi mereka telah diproses serta dipenuhi dengan sewajarnya.

Selain itu, pada akhir dagangan semalam, saham Zetrix AI susut lima sen atau 43.48 peratus kepada 6.5 sen dengan 13.73 juta saham diniagakan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil digantung kerana gagal memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan dari 19 Mei hingga 30 September 2026.

Loke berkata kerajaan mengambil tindakan itu selepas syarikat tersebut gagal menjelaskan tunggakan berkenaan walaupun kerajaan telah mengeluarkan 35 notis peringatan dan mengadakan sesi libat urus sejak Mei lepas.

Beliau berkata MYEG telah menyerahkan cek berjumlah RM231 juta bertarikh 30 September, namun bayaran itu tidak dapat diproses oleh pihak bank atas arahan syarikat terbabit. – 6 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related