◉ HEADLINES

Penuntut wanita ditemui maut, dipercayai dibunuh teman lelaki

Polis berkata seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran ditemui maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah, polis menerima panggilan MERS 999 mengenai kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi.

Mangsa, yang berusia 19 tahun, terbaring di atas katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah itu.

“Pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa,” katanya, lapor Bernama.

Ashari berkata seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Polis memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek hingga 12 Okt daripada Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ashari berkata bedah siasat dijadualkan hari ini di Jabatan Forensik HTAA dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi.

Menurut Ashari, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan. – 6 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Budget 2026: Anwar unveils RM1.2b to revive heritage buildings and transform KL’s hawker centres, peoples’ housing

The 2026 Budget allocates funds for historic restorations, urban upgrades, and a renewed commitment to cultural preservation and inclusive city living

[UPDATED] BAC files for judicial review after 17 law grads barred from CLP exam

This as qualifying board has deemed them ineligible to sit for certificate as they had not spent at least a year of their degree in UK, as mandated by their course

◉ Related