◉ HEADLINES

Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok: Fadhlina

Menteri Pendidikan berkata sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa

5:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan situasi jerebu semasa.

Penutupan turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta sekolah di PPD Kuantan dan Rompin, Pahang.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

“Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan.

“Bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Susulan itu, ibu bapa, murid dan warga sekolah dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Kota Tinggi, Johor merekodkan bacaan tertinggi 170. – 12 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related