◉ HEADLINES

Bukan ritual agama: JPN bidas dakwaan mengelirukan berkait isu perkahwinan Akta 164

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menepis dakwaan mengelirukan berkenaan pendaftaran perkahwinan sivil, sambil menegaskan pengupacaraan di bawah Akta 164 adalah prosedur undang-undang sivil dan bukannya percubaan mengambil alih peranan atau ritual pemimpin agama

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil membidas sebarang percubaan memutar belit fungsi pendaftaran perkahwinan sivil, sambil menegaskan pengupacaraan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) langsung tidak menceroboh peranan tokoh agama mahupun ritual keagamaan.

Dalam kenyataan tegas hari ini, JPN menjelaskan bahawa proses tersebut merupakan tanggungjawab sivil murni yang dilaksanakan secara ketat mengikut lunas undang-undang negara demi menjamin status perkahwinan bukan Islam diiktiraf secara sah.

“Setiap agama mempunyai upacara, adat dan amalan perkahwinan masing-masing, sama ada Buddha, Kristian, Hindu atau agama lain manakala pelaksanaan ritual keagamaan merupakan urusan penganut dan pemimpin agama berkenaan.

“Dari sudut undang-undang negara pula, perkahwinan pasangan bukan Islam yang tertakluk kepada Akta 164 hendaklah dilaksanakan dan didaftarkan mengikut peruntukan yang ditetapkan bagi memastikan status perkahwinan diiktiraf secara sah,” tegas JPN.

Menurut jabatan itu, Akta 164 memberi kuasa rasmi kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik untuk mengupacarakan serta mendaftarkan perkahwinan sivil, sama ada di pejabat JPN, rumah ibadat atau persatuan yang diluluskan.

JPN turut memberi amaran keras kepada pihak tertentu supaya tidak sengaja mencetuskan tiupan isu sensitif berasaskan maklumat tidak tepat atau mengelirukan masyarakat.

“Semua pihak perlu menghormati peruntukan undang-undang negara dan tidak menjadikan perbezaan antara urusan sivil dengan amalan keagamaan sebagai asas kepada penyebaran dakwaan yang tidak tepat,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurut JPN, pematuhan sivil ini sangat krusial bagi memelihara hak undang-undang pasangan, pemeliharaan nasab anak-anak serta perlindungan institusi keluarga.

Kerajaan, tegas JPN, kekal komited mempertahankan kebebasan beragama dan kepelbagaian adat, di samping memastikan pendaftaran perkahwinan sivil dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan perlembagaan. – 18 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related