◉ HEADLINES

Suspek serang guru masih di hospital, 24 saksi dipanggil

Polis jamin siasatan kes serangan guru di sekolah antarabangsa dilakukan secara profesional dan menyeluruh, sementara suspek remaja terus berada di bawah pemantauan perubatan

10:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes serangan ganas terhadap seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Rabu lepas kini masih ditahan di hospital bagi menerima rawatan susulan.

Perkembangan baharu itu disahkan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, yang memaklumkan pihak polis bersedia meneruskan langkah siasatan lanjut sebaik sahaja mendapat nasihat serta penilaian tahap kesihatan suspek daripada pegawai perubatan.

Setakat ini, polis sudah merakam kenyataan 24 individu bagi melengkapkan skop siasatan kes yang mencetuskan gempar dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa itu.

Saifullizan memberi jaminan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dan mengendalikan kes berkenaan mengikut standard tertinggi perundangan.

“Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa sama merayu orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi liar serta penularan maklumat sensitif di media sosial.

“Langkah ini bagi menghormati privasi semua pihak yang terlibat. Kita minta awam tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur,” tegas beliau.

Pada 21 Oktober lalu, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita mengalami kecederaan fizikal selepas dipercayai diserang secara tiba-tiba oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Kes kini diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. – 23 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related