◉ HEADLINES

Lebih 500 penduduk terjejas akibat banjir di Sg Buloh, PPS sementara dibuka: Ramanan

Ramanan berkata mangsa yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Sungai Buloh, terutama Kampung Melayu Subang, semalam, telah menjejaskan lebih 500 rumah di kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan, mangsa yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, setakat malam tadi, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dikenal pasti bagi menempatkan mangsa yang terjejas, iaitu Dewan Siantan Kampung Melayu Subang.

“PPS ini akan beroperasi sepanjang tempoh yang diperlukan bagi memastikan penduduk terjejas mendapat perlindungan dan bantuan sewajarnya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Ramanan turut memberitahu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bersama sukarelawan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan, khususnya Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pemantauan, katanya, turut dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Melayu Subang bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan keperluan asas penduduk yang terkesan diberikan perhatian sewajarnya.

Ramanan turut menyeru seluruh penduduk Sungai Buloh agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca, mengikuti arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan kita. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan terus memantau keadaan semasa dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan tiada penduduk yang terkesan terpinggir daripada menerima bantuan yang diperlukan.

Beliau turut berharap semoga segala urusan dipermudahkan dan semua penduduk berada dalam keadaan selamat. – 3 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related