◉ HEADLINES

58 banduan dikurnia pengampunan Sultan Perak

Peluang kedua memulakan hidup baharu terbentang luas buat 58 prospek termasuk warga emas dan golongan rentan, susulan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengurniakan pengampunan atas syor Lembaga Pengampunan Negeri

2:21 PM MYT

 

BATU GAJAH – Sebanyak 58 banduan dibebaskan lebih awal daripada tarikh tamat hukuman masing-masing, selepas diperkenankan pengampunan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah atas syor Lembaga Pengampunan Negeri.

Daripada jumlah itu, sebanyak 37 banduan dibebaskan dari Pusat Koreksional Batu Gajah dalam majlis yang disempurnakan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Rosoman Abu Bakar@Che Din hari ini.

Rosoman berkata banduan terbabit ditempatkan di beberapa institusi penjara di seluruh negara termasuk Penjara Tapah, Pusat Koreksional Kamunting, Penjara Taiping, Penjara Sungai Buloh dan sebuah penjara di Negeri Sembilan.

Beliau berkata penempatan banduan di institusi berbeza itu antara lain mengambil kira permohonan mereka untuk ditempatkan lebih dekat dengan keluarga masing-masing walaupun kesalahan dilakukan di Perak.

“Daripada 58 orang itu, tiga ialah wanita manakala selebihnya lelaki, manakala banduan paling muda yang dibebaskan berusia 28 tahun dan paling tua berusia 64 tahun.

“Kesalahan yang dilakukan juga bercampur-campur, termasuk kesalahan dadah dan jenayah lain,” katanya pada sidang media selepas majlis pembebasan awal banduan pengampunan negeri Perak di Pusat Koreksional Batu Gajah, di sini hari ini.

Menurut Rosoman, pihak Jabatan Penjara bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengemukakan senarai nama banduan untuk dipertimbangkan bagi mendapat pengampunan bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak.

Beliau berkata proses itu turut melibatkan Peguam Negara dan Penasihat Undang-Undang negeri sebelum senarai berkenaan diberikan kepada Lembaga Pengampunan negeri untuk pertimbangan dan seterusnya dipersembahkan kepada Sultan Perak.

“Antara yang mendapat pengampunan ialah golongan rentan berusia 60 tahun ke atas serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak sesuai lagi berada di dalam penjara.

“Golongan ini lebih sesuai menjalani program pemulihan di luar tembok penjara dan kembali bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pembebasan awal itu memberi peluang kepada mereka memulakan kehidupan baharu, memperbaiki diri serta kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat sebagai individu lebih bertanggungjawab.

Terdahulu, Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan sumbangan makanan berjumlah RM143,360 kepada 8,960 prospek di tujuh institusi penjara di negeri ini bersempena dengan sempena Hari Keputeraan baginda tahun ini.

Rosoman berkata kurniaan itu bukan sekadar memenuhi keperluan jasmani, malah melambangkan kasih sayang dan keprihatinan Sultan Perak terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan.

“Kurniaan ini menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan dan pembentukan insan ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya sambil menambah sumbangan itu turut menyuntik semangat kepada prospek untuk terus memperbaiki diri dan membina harapan baharu dalam kehidupan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Daripada jumlah keseluruhan penerima, Penjara Tapah mencatat jumlah tertinggi iaitu 4,431 prospek, diikuti Penjara Taiping (1,567), Pusat Koreksional Kamunting (1,178), Pusat Koreksional Batu Gajah (765), Penjara Satelit Kuala Kangsar (500), Pusat Koreksional Chenderiang (451) dan Rumah Perantaraan Negeri Perak (68). – 6 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related