◉ HEADLINES

Waspada fenomena air pasang besar lima hari mulai esok di Klang: MBDK

Penduduk di kawasan rendah dan pesisir sungai di Klang digesa berwaspada susulan fenomena air pasang besar selama lima hari bermula esok, dengan paras air laut diramal mencecah tahap amaran setinggi 5.2 meter pada pagi Ahad

4:50 PM MYT

 

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengingatkan penduduk daerah itu, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya berwaspada dan membuat persediaan awal bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku lima hari bermula esok.  

Datuk Bandar MBDK Datuk Abd Hamid Hussain berkata penduduk juga dinasihatkan sentiasa memantau perkembangan cuaca dan makluman rasmi pihak berkuasa selain mengelak kawasan berisiko ketika hujan lebat serta air pasang.

“Dokumen dan barangan berharga perlu diletakkan di tempat selamat manakala kenderaan dialihkan ke kawasan lebih tinggi serta memastikan persediaan kecemasan keluarga mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Berdasarkan hebahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, fenomena itu diramal menyebabkan paras air laut di Stesen Pelabuhan Klang mencecah hingga 5.2 meter dengan bacaan tertinggi dijangka pada 5.02 pagi Ahad, sekali gus berada dalam kategori paras amaran.

Mengikut petunjuk paras air di Pelabuhan Klang, bacaan antara 5.0 hingga 5.3 meter dikategorikan sebagai paras amaran manakala 5.4 hingga 5.5 meter sebagai paras bahaya.

Hebahan itu memaklumkan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat pada petang Sabtu dan Ahad, diikuti hujan di beberapa tempat pada waktu malam.

Abd Hamid berkata MBDK bersiap siaga bagi menghadapi risiko banjir termasuk fenomena air pasang besar di sekitar Klang menerusi penyelarasan tindakan bersama dengan agensi berkaitan pada Mesyuarat Penyelarasan Isu Banjir November 2026.

Beberapa lokasi berisiko banjir seperti Persimpangan Bukit Raja, Taman Mutiara Bukit Raja, Taman Melawis, Kampung Bukit Kapar, Taman Meru Indah, Taman Seri Kerayong, Taman Daya Maju dan Jalan Haji Salleh, Pekan Meru antara yang diberikan tumpuan.

“Antara langkah yang diberi perhatian termasuk menaik taraf sistem saliran, pemasangan pintu flap, pembaikan paip pelepasan dan penyelenggaraan kolam takungan selain Skuad Pantas MBDK dan jabatan berkaitan bersedia memastikan tindakan segera terhadap aduan serta bencana,” katanya.

 Abd Hamid berkata dalam tempoh dua hari bermula Rabu lepas, pihaknya menerima 83 aduan bencana dengan 62 kes berjaya diselesaikan manakala 16 masih dalam tindakan dan lima bantuan khas. 

Beliau berkata penduduk yang mengalami kerosakan kenderaan atau harta benda akibat pokok tumbang di bawah seliaan MBDK boleh mengemukakan tuntutan dengan membuat laporan polis sebelum semakan dan tindakan lanjut dilakukan. – 6 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Melaka FC welcomes five fresh faces from Brazil, S. Korea, Nigeria in Super League campaign

Head coach K. Devan expresses confidence in new signings, says if budget allows it he wants to add one or two more import players

◉ Related