◉ HEADLINES

12 jam terapung di laut, dua penyelam Redang ditemui selamat

Shahimi Zainal Abidin dan Tan Yan Song ditemukan sukarelawan berhampiran Pulau Yu selepas dihanyutkan arus kuat, kini stabil di Hospital Setiu

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Detik cemas hampir 12 jam di lautan berakhir dengan kelegaan apabila dua penyelam yang dikhuatiri hilang di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang, ditemukan selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Shahimi Zainal Abidin, 30, dan Tan Yan Song, 43, diselamatkan oleh sukarelawan Redang Divers berhampiran Pulau Yu, kira-kira 10 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada jam 9.45 malam.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan lemah selepas dihanyutkan arus kuat sejak jam 10 pagi,” katanya.

Shahimi, seorang dive master di Redang Reef Dive Centre, bersama Tan yang merupakan warganegara China, hanyut ketika menyelam bersama rakan-rakan.

Mangsa segera dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang sebelum dipindahkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut. Kedua-duanya kini dilaporkan stabil.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan Polis Diraja Malaysia dan Polis Marin sejak tengah hari semalam selepas laporan kehilangan dibuat. – 15 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related