◉ HEADLINES

Selangor umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji pada penjawat awam

Bantuan khas berkenaan akan disalurkan menjelang 21 Disember ini

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor 2026 sebanyak dua bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu.

Pengumuman berkenaan dibuat Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, bagi menghargai komitmen penjawat awam dalam menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan negeri, khususnya Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Menurutnya, pakej berkenaan membantu mengupayakan golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, petani dan pesawah bagi menghadapi krisis tenaga global.

“BKK Kita Selangor bagi 2026 sebanyak dua bulan gaji atau elaun dengan bayaran minimum RM1,000 akan disalurkan menjelang 21 Disember ini.

“Bayaran menggunakan peruntukan tahun semasa itu meliputi emolumen anggota kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), dengan implikasi kewangan RM100.31 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Bajet Selangor 2027 yang bertemakan ‘Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni’ itu memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion.

Dalam pada itu, Amirudin berkata bagi memperjuangkan konsep pendidikan sepanjang hayat, kerajaan negeri akan menawarkan kelas bahasa ketiga percuma kepada seluruh rakyat Selangor, baucar buku Kita Selangor RM200 kepada 2,000 pelajar dan mahasiswa, serta RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa yang memasuki universiti awam ataupun swasta sebagai langkah memupuk budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, ujar beliau, sebanyak 150 unit laptop di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 8,400 unit laptop seluruh negeri akan disampaikan kepada pelajar dan mahasiswa dari Selangor yang memerlukan.

“Program NutriSEL yang menawarkan sarapan ataupun makan tengahari kepada 100,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Selangor bagi mengelakkan insiden malnutrisi, kekurangan zat makanan serta obesiti dalam kalangan anak-anak.

“Kerajaan Negeri turut memperkenalkan SEL30, subsidi RM30 sebulan khusus bagi pengangkutan awam supaya mengalakkan lebih ramai warga Selangor menaiki bas dan tren, di samping membina sepanjang 35km laluan pejalan kaki seluruh negeri agar keselesaan pengguna pengangkutan awam dapat dijamin,’’ katanya. – 13 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related