HEADLINES

‘Biar Betul!’, segmen tangkis berita palsu ke udara di RTM mulai Oktober

Ia adalah kerjasama portal Sebenarnya.my seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCheck Malaysia seliaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi menangkis berita palsu dan fitnah melalui pelbagai platform media

9:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mulai 1 Okt, segmen khas ‘Biar Betul!’ akan ke udara di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai usaha menangkis penyebaran berita palsu dan fitnah dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata segmen yang berdurasi kurang daripada seminit itu akan disiarkan setiap hari selepas slot Berita KANTA 744 di TV1 (7.44 malam) dan saluran Berita RTM serta diulang siar menerusi semua platform media sosial RTM termasuk Radio RTM.

“Inisiatif ini merupakan kerjasama portal Sebenarnya.my seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCheck Malaysia seliaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang berperanan menangkis berita palsu dan fitnah melalui pelbagai platform media,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Memetik sebuah video tular baru-baru ini mengenai caj klinik kesihatan yang didakwa dinaikkan antara RM10 hingga RM15, Fahmi berkata video berkenaan telah mencecah 2.8 juta tontonan dan ia menunjukkan fitnah yang tersebar itu mampu meracuni fikiran rakyat dengan begitu pantas.

“Jadi selain daripada ikhtiar ‘Biar Betul!’, saya bersama timbalan (Teo Nie Ching) dan Ketua Setiausaha Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, ada beberapa perancangan termasuk meneruskan perbincangan kami dengan pihak penyedia perkhidmatan seperti Meta, Tik Tok dan Telegram untuk pastikan kerjasama yang diberikan erat dengan pihak berkuasa lain seperti polis.

“Ini antara usaha untuk pastikan bahan-bahan bersifat fitnah dan tidak betul dikekang daripada tular,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan jika menerima sebarang maklumat meragukan menerusi portal https://aduan.mcmc.gov.my/, talian 1800-188-030 atau WhatsApp ke 016-2206262. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related