◉ HEADLINES

Zetrix AI cadang pengasingan kutipan, bayaran sekali gus selesai tunggakan JPJ

Cadangan tersebut kini sedang dinilai oleh kerajaan

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa cadangan itu kini sedang dinilai oleh kerajaan.

Strategi pembayaran balik berstruktur ini dibuat susulan penggantungan perkhidmatan kumpulan Zetrix AI sebagai ejen kutipan bagi pihak JPJ.

Menurut Zetrix AI, kumpulan tersebut sedang dalam proses menjimatkan tunai bagi melaksanakan pembayaran sekali gus untuk menyelesaikan jumlah kiriman wang yang tertunggak.

“Langkah-langkah ini mungkin termasuk menangguhkan beberapa projek pembangunan yang bertujuan memacu pertumbuhan organik pada masa depan serta membatalkan pembayaran dividen interim bagi tahun 2026,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Zetrix AI menyatakan bahawa penggantungan tersebut dijangka menyebabkan penurunan hasil syarikat sebanyak kira-kira 15 peratus, berdasarkan sumbangan daripada JPJ sehingga 31 Disember, 2025.

Perkara berkenaan akan memberi kesan secara langsung terhadap keuntungan syarikat, menurut kenyataan itu lagi.

Menurut syarikat itu kesan tidak langsung daripada penggantungan tersebut bagi dua suku tahun akan datang belum dapat ditentukan pada masa ini.

“Pada masa sama, akibat daripada penggantungan ini, syarikat sedang melakukan penyelarasan saiz operasi dengan mengurangkan pusat e-perkhidmatan fizikalnya,” menurut syarikat itu. – 13 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related