HEADLINES

Daim tiba di mahkamah berkerusi roda

Beliau turut diiringi beberapa individu dipercayai peguamnya

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah, di sini, pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.

Kenderaan membawanya tiba di perkarangan kompleks mahkamah, kira-kira jam 8.42 pagi tadi sebelum Daim yang dilihat memakai kemeja ungu serta sut hitam ditolak masuk menggunakan kerusi roda dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguamnya.

Turut kelihatan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid yang memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Beliau kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh puluhan pengamal media yang yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Daim, 85, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana tidak mengisytihar 71 aset melibatkan akaun, kenderaan, syarikat, tanah, rumah dan bangunan.

Beliau berkata, Daim akan didakwa di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009.

“Esok (hari ini) pertuduhan Tun Daim di Mahkamah Seksyen Jenayah 9, Jalan Duta, pada jam 9 pagi,’’ katanya kepada Scoop ketika dihubungi semalam.

Beliau juga memaklumkan, Daim telah ditahan pada Jumaat dan dibebaskan dengan jaminan SPRM untuk hadir ke mahkamah esok.

Daim sebelum ini menerima rawatan di hospital lebih dua minggu.

Pada 29 Disember lalu, SPRM mengesahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat Kertas Pandora yang dimulakan sejak Februari lalu.

SPRM berkata, satu notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada beliau supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Related