◉ HEADLINES

Isu tutup premis ketika solat Jumaat: ‘Saya tidak berniat sentuh sensitiviti’ kata Khoo

Khoo membangkitkan persoalan adakah wajar sekiranya penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan di negeri Melaka oleh kerajaan gabungan BN-PN dan jika dilaksanakan, bagaimana pula nasib perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai kaum di Melaka

9:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menjelaskan beliau tidak berniat menyentuh sensitiviti atau memperlekehkan amalan agama mana-mana pihak berhubung isu penutupan premis selama dua jam pada setiap hari Jumaat di Kuala Terengganu.

Sebaliknya, Khoo yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, berkata, beliau hanya membangkitkan persoalan mengenai dasar dan penguatkuasaan yang turut memberikan kesan kepada masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Khoo berkata kenyataan yang dimuatnaik petang tadi telah mendapat perhatian ramai serta menerima pelbagai maklum balas dan menjelaskan beliau menghormati solat Jumaat serta amalan di Kuala Terengganu yang telah lama diamalkan namun ia bukan isu yang dibangkitkan.

“Isu yang saya bangkitkan ialah mengenai penguatkuasaan menyeluruh melalui surat rasmi MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) yang mengarahkan semua premis perniagaan ditutup dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, termasuk premis bukan Islam, dengan ancaman denda RM2,000, penjara atau pembatalan lesen perniagaan,’’ katanya.

Khoo berkata, beliau percaya dasar kerajaan boleh dibincangkan dan dipersoalkan secara rasional tanpa dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama.

“Persoalan saya mudah, adakah wajar sekiranya penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan di negeri Melaka oleh kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN)?.

“Jika dilaksanakan, bagaimana pula nasib perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai kaum di Melaka,’’ soalnya.

Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya dasar kerajaan boleh dibincangkan dan dipersoalkan secara rasional tanpa dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama. – Gambar Facebook Khoo Poay Tiong, 20 November, 2026

Khoo sebelum ini membangkitkan kebimbangan mengenai arahan penutupan premis antara antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat.

Pelaksanaan peraturan itu, dakwa Khoo, secara menyeluruh boleh menjejaskan kebebasan berniaga dan gaya hidup masyarakat bukan Islam.

Berikutan itu, beliau menerima kritikan banyak pihak termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Antaranya Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim yang meminta Khoo menarik balik kenyataan berhubung arahan penutupan premis selama dua jam itu serta membuat permohonan maaf.

“Kalau pun kita ada pendapat yang berbeza dalam menafsirkan asas kepada tertubuhnya satu undang-undang, ia tetap datang dari prinsip persetujuan majoriti; dalam konteks Negeri Terengganu, ia adalah mandat yang diberikan rakyat negeri itu kepada Legislatif dan Eksekutif mereka untuk menggubalnya.

“Maka kita wajib hormati mandat tersebut seperti mana kita mahu orang hormati mandat yang diberi kepada kita.

“Kedua, dalam Islam, lelaki Muslim yang diwajibkan menunaikan Solat Jumaat juga dituntut untuk meninggalkan urusan jual beli apabila tiba waktunya,’’ katanya yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut membidas Khoo ialah Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kerana mempersoalkan arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhubung penutupan operasi premis perniagaan selama dua jam setiap Jumaat.

“Kalau setiap kali masuk campur, orang makin menyampah dan makin menjauh. Mungkin sudah tiba masa untuk belajar jaga urusan sendiri,” katanya menerusi hantaran di Threads, hari ini. – 20 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related