◉ HEADLINES

61% rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000: Fadillah

Sebanyak 37 peratus rakyat juga tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan

3:18 PM MYT

 

KUCHING – Sebanyak 61 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk tujuan kecemasan berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2024.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keadaan itu bermakna sebahagian besar rakyat tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi perkara tidak dijangka.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 37 peratus rakyat juga tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

“Inilah antara cabaran berdasarkan fakta dan angka yang dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia. Oleh itu, saya berpendapat bahawa literasi kewangan amat penting dan perlu terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Juh Kita Melabur, Anak Sarawak di cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuching, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ASNB Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berkata pendidikan kewangan perlu diterapkan sejak usia muda bagi membentuk generasi yang lebih bijak mengurus kewangan.

Beliau berkata pemahaman awal tentang nilai wang, kepentingan menyimpan dan asas pelaburan akan membantu golongan muda membuat keputusan kewangan yang lebih baik apabila memasuki alam dewasa.

“Kami juga amat menghargai sambutan yang diberikan oleh rakyat Sarawak terhadap pelbagai program pendidikan kewangan yang telah dianjurkan sebelum ini.

“Sambutan tersebut menunjukkan bahawa minat untuk belajar, menyimpan dan melabur sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya. – 22 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related