HEADLINES

Malaysia ada kuasa penuh tolak calon duta luar tanpa perlu beri alasan: Howard Lee

Negara-negara seperti Tanzania, Brazil, Kanada, Sweden, Norway dan Venezuela pernah menolak pelantikan duta luar

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai hak untuk menerima atau menolak calon duta luar malah tindakan ini bukan dianggap sebagai keangkuhan sebaliknya ketegasan demi menjaga maruah serta kepentingan negara.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee ketika memberikan penjelasan mengenai dunia diplomasi berkata, Konvensyen Vienna memberikan kuasa kepada negara tuan rumah untuk menolak calon duta yang dikemukakan tanpa perlu memberikan penjelasan.

Adat dalam dunia diplomasi, katanya, tidak menuntut kepatuhan membuta tuli sekiranya latar belakang calon itu bertentangan dengan nilai-nilai sesebuah negara.

“Bukan sahaja menjadi hak kita bahkan menjadi kewajipan kita untuk meminta secara tenang dan diplomatik agar calon lain dikemukakan,’’ katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam media sosialnya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Adams, 40, pernah membuat kenyataan bersifat Islamofobia dan menyokong Zionisme.

Berikutan itu, banyak pihak meminta supaya kerajaan menolak pelantikan Adams sebagai Duta Besar AS ke negara ini.

Howard memberitahu, sebelum ini terdapat beberapa negara yang menolak pelantikan duta asing ke negara mereka termasuk Tanzania, Brazil, Kanada, Sweden dan Norway serta Venezuela.

Tanzania, katanya, pada 2010 enggan memberi persetujuan terhadap pelantikan Duta Jerman, Margit Hellwig Boette manakala Brazil pula pada 2015 turut menolak Duta Israel dengan berdiam diri tanpa komunikasi rasmi.

“Pada 2018, Kanada membekukan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi dan menolak sebarang pelantikan duta baru selama tiga tahun atas dakwaan perlanggaran hak asasi manusia.

“Sweden dan norway dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah secara sengaja melengahkan proses penerimaan watikah dan menghadkan akses atau terus mengusir diplomat asing atas alasan perlanggaran hak asasi manusia.

“Manakala Venezuela pada 2010 tidak memberi persetujuan kepada calon Duta Amerika Syarikat selepas kenyataan beliau di hadapan Senat yang dianggap menghina angkatan tentera negara berkenaan,’’ katanya.

Justeru, kata beliau, jika calon Duta itu dikenali kerana retorik melampau dan lebih suka mencetuskan perpecahan maka Malaysia dengan wajar menyatakan bahawa negara tidak membuka pintu kepadanya.

Dengan menolak calon tersebut, ujar Howard, ia bukan pengsytiharan kepada permusuhan sebaliknya adalah prinsip dan standard yang ditetapkan negara. – 17 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related