◉ HEADLINES

Fadhlina nasihatkan calon SPM bertenang, jangan terlalu menekan diri

Seramai 420,879 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara hari ini

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengingatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 supaya tidak terlalu menekan diri dan menghadapi peperiksaan bertulis yang bermula hari ini dengan tenang.

Beliau berkata calon perlu yakin dengan segala usaha yang telah dilakukan sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu.

“Tidur awal, rehat secukupnya dan masuklah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang. Percayalah pada segala usaha yang telah anak-anak lakukan selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina turut menyeru ibu bapa dan guru supaya terus memberikan semangat serta menitipkan doa buat calon.

“Anak-anak kita perlukan keyakinan bahawa apa pun keputusannya nanti, kita tetap bangga dengan usaha mereka,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon dan mendoakan mereka agar dapat melakukan yang terbaik.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), sebanyak 420,879 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara, dengan peperiksaan bertulis berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember. – 23 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

◉ Related