◉ HEADLINES

Kerajaan tidak sebar minit mesyuarat pengampunan Najib : Anwar

Anwar berkata sebahagian dokumen berkenaan dinyahklasifikasikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan persiapan jawapan dalam menghadapi kes berkaitan isu tersebut yang dibawa ke mahkamah.

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak kepada umum.

Menurutnya, sebahagian dokumen berkenaan dinyahklasifikasikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan persiapan jawapan dalam menghadapi kes berkaitan isu tersebut yang dibawa ke mahkamah.

“Betul kalau kategori rahsia, ia harus kekal rahsia. Tetapi soalnya mengapa AGC nyahklasifikasi atau mohon untuk dinyahrahsiakan? Itu kerana ada permohonan di mahkamah jadi terpaksa ikut proses itu.

“Tetapi, siapa yang mengedarkan itu, saya percaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus siasat bagaimana boleh perkara ini tersebar awal. Tetapi sebaik sahaja dibentang di mahkamah, tentunya tersebar dengan sendirinya,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui bagaimana minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah Najib boleh disebarkan oleh pihak ketiga di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, atas nama prinsip ketelusan dan kebebasan, isu berkaitan minit mesyuarat itu sepatutnya tidak diperbesarkan.

“Siapa (yang sebarkan) itu patut disiasat, (tetapi) jangan buat tohmahan seperti kerajaan edarkan. Tak ada, tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara (nyahklasifikasi) mempersiapkan kes jawapan di mahkamah,” katanya.

Majlis Peguam sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan undang-undang bagi mencabar pelaksanaan tahanan rumah Najib dengan alasan ia tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang Malaysia.

Badan guaman itu memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan prosiding serta keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan aturan tahanan rumah yang diberikan pada 18 September lalu.

Sebelum ini, sebuah dokumen yang dipercayai merupakan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 bertarikh 18 September 2026 telah tular dan mendedahkan perbezaan pandangan dalam kalangan ahlinya berhubung status penahanan Najib.

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang didedahkan itu merekodkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tidak bersetuju dengan keputusan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Pada 6 November lepas, Najib, 73, selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, Najib mula menjalani baki hukuman di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 10 November lalu. – 24 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related