Lesen syarikat pembungkusan minyak masa paket subsidi dibatalkan jika terlibat penyelewengan

Ada syarikat didapati menjual barang kawalan itu kepada industri dan bukannya peruncit untuk kegunaan pengguna, selain ke negara jiran

5:30 PM MYT

 

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan serta-merta lesen syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi yang didapati terlibat dalam aktiviti penyelewengan hingga menyebabkan ketirisan agihan bekalan keperluan itu di pasaran.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN telah mengenal pasti beberapa syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelewengan dan ketirisan itu termasuk ketika menjalankan proses pembungkusan minyak masak paket bersubsidi.

Menurutnya, ada juga syarikat yang didapati menjual barang kawalan itu kepada industri dan bukannya peruncit untuk kegunaan pengguna selain menjualnya ke negara jiran.

“Kita (KPDN) akan mengumumkan (jumlah) keseluruhan (syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi terlibat aktiviti penyelewengan dan ketirisan) selepas Mac ini kerana ada beberapa negeri yang belum selesai audit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah di Kinarut di sini hari ini.

Armizan berkata, kementerian serius dalam memastikan tiada mana-mana syarikat pembungkus minyak masak paket bersubsidi berterusan mensabotaj program baik diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan sasar mendapatkan barang keperluan itu pada harga murah di pasaran.

“Mana-mana pihak didapati telibat dalam penyelewengan dan ketirisan, kita akan ambil tindakan serta- merta termasuk dari segi perundangan,” katanya menambah syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi di Sabah juga tidak terkecuali daripada berdepan tindakan tegas berkenaan.

Armizan ketika melancarkan Program Jualan Rahmah di Kinarut, Sabah hari ini menegaskan, kementerian serius dalam memastikan tiada syarikat pembungkus minyak masak paket bersubsidi mensabotaj program baik tersebut. – Gambar Facebook Armizan Mohd Ali, 10 Mac, 2024

Armizan berkata, kementerian juga akan menambah baik Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCoss) bagi memantau proses pengagihan minyak masak paket bersubsidi daripada syarikat pembungkusan kepada peruncit.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan membelanjakan RM1.5 bilion bagi membekalkan sebanyak 60 juta paket minyak masak bersubsidi di pasaran.

Di Sabah, Armizan berkata, kementeriannya akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat negeri bagi memastikan syarikat pembungkus minyak masak paket bersubsidi dapat menyalurkan bekalan ke setiap daerah memerlukan.

Beliau berkata, 90% daripada syarikat pembungkusan minyak masak paket bersubsidi di Sabah dilantik di pantai timur negeri itu merangkumi Sandakan, Tawau dan Semporna, manakala hanya 10% di kawasan pantai barat. – 10 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

AstraZeneca acknowledges rare Covid-19 vaccine side effects amid legal battle 

However, company emphasises regulators worldwide agree benefits outweigh risks of extremely rare potential risks

Related