HEADLINES

Instafamous dipenjara, denda curi barang di pasar raya

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda

6:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya, semalam.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah Yahya, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya penyangkut baju, ubat gigi dan minuman keseluruhannya berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya di pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, 1 Nov (semalam).

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat. 

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa, namun dia tidak membuat pembayaran bagi barangan tersebut sebelum berjalan ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu. 

Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya tersebut dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun yang merupakan pesakit darah tinggi. 

“Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja. Anak guam telah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” kata Muhammad Rhastdan. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Fandi Ahmad in pole position for KL City job amid Sri Pahang turmoil

KLFA confirm interest in Singaporean legend as club seeks stability ahead of 2025/26 Super League season

Related