HEADLINES

Himpunan Solidariti Palestin berarak ke Kedutaan AS

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Solidariti Palestin yang diadakan sebagai tanda sokongan dan solidariti ke atas penduduk Palestin di Gaza yang dibedil rejim zionis sejak 7 Oktober lalu.

Himpunan tersebut diadakan sejurus solat Jumaat dengan mereka yang menyertainya, berkumpul di depan Masjid Negara, sebelum berarak ke kedutaan Amerika Syarikat, di Jalan Tun Razak, di sini.

Bekas naib presiden PKR, Tian Chua turut serta dalam himpunan berkenaan – Abdul Razak Latif/Scoop, 13 Oktober, 2023

Dalam pada itu, Kedutaan AS telah menutup pintu masuk hadapan semua laluan pejalan kaki bermula jam 12 tengah hari tadi susulan Himpunan Solidariti Palestin ini.

Kedutaan juga menasihatkan rakyatnya untuk mengelakkan pintu masuk hadapan sepanjang himpunan itu berlangsung.

Jumlah peserta yang menyertai himpunan tersebut telah meningkat kepada 900 orang.

Himpunan solidariti ini turut diadakan di beberapa negeri. – Sairien Nafis/Scoop, 13 Oktober, 2023

Dalam pada itu, peserta Himpunan Solidariti Palestin ketika ini dihalang oleh polis daripada memasuki Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini.

Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekecohan namun hasil perbincangan, hanya lima wakil dan badan bukan kerajaan (ngo) dibenarkan ke premis tersebut.

Dalam pada itu, peserta Himpunan Solidariti Palestin ketika ini dihalang oleh polis daripada memasuki Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini – Abdul Razak Latif/Scoop, 13 Oktober, 2023

Perjumpaan itu bagi membolehkan memorandum bantahan terhadap tindakan AS yang menyokong Israel dalam perang Palestin-Israel di Gaza.

Dalam pada itu, perhimpunan berkenaan turut diadakan di beberapa negeri termasuk Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, portal berita Axios melaporkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah mengarahkan penduduk Palestin yang menetap di utara Wadi berpindah ke selatan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Ia dilihat sebagai mesej bahawa IDF akan menjalankan operasi ketenteraan dari darat.

Sementara itu, presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mereka telah dihalang daripada memasuki kedutaan AS meskipun sebelum ini mereka dibenarkan berbuat demikian.

“Sebelum ini kami dapat masuk tapi hari ini kami di luar. Kalau di Malaysia boleh buat begitu, sebab itu dia tidak kisah apa dilakukan Amerika Syarikat di Palestin,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related